KUCHING: Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah baru-baru ini didapati tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata hal itu dibongkar selepas siasatan dilakukan oleh pihak JKM serta polis terhadap rumah kebajikan swasta itu.
"Apa yang kita akan lakukan selepas ini adalah apabila selesai siasatan daripada pihak polis kita akan tutup rumah kebajikan tersebut.
"Saya ingin mengingatkan kepada mereka yang diberi amanah dan tanggungjawab menjalankan tugas menjaga warga emas supaya menjalankan tugas dengan baik. Kita perlu ingat satu hari nanti kita juga akan berada di situasi itu (akan tua) dan kita memerlukan orang melindungi kita," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Pejabat Daerah Kuching di sini, hari ini.
Khamis lepas, polis menahan pemilik rumah kebajikan itu, seorang lelaki berusia 44 tahun dan seorang wanita berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pembantu.
Sebelum itu, rakaman video yang memaparkan insiden berkenaan tular di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri melihat pelbagai juadah tradisi pada Program Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Pejabat Daerah Kuching hari ini. - Foto Bernama
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.